Ha, ini artwork marker aku semasa study dulu. Terus terang aku kata memang aku suka sgt dgn medium marker ni. Ianya agak sukar nak control, tapi kalo dah tau tekniknya memang best. Tapi masalahnya masa tu marker ni agak mahal harganya. Lebih kurang RM7.50 ke atas. Itu yang paling murah laa. Aku hanya mampu beli yang basic colour je, yg lain selalunya aku pinjam dari member2 aku yg sememangnya pemurah & baik hati belaka, syukur(mesti diorg nyampah ngan aku pasal suka pinjam diorg punya marker hahaha). Aku juga pernah kutip marker2 yg dioorg dah tak nak (buang), maksudnya marker yang warnanya dah luntur, tapi sebenarnya marker yang macam tu boleh dijadikan satu teknik juga. Itu pasal aku sgt menghargai barang2 yg aku beli dan guna dengan sebaik2nya. Malah, baru-baru ni aku ada mengemas bilik bacaan aku dan selongkar balik kotak2 lama. Know what? ada lagi marker dan medium2 lain masa study dulu yg aku masih simpan. Ada yg masih elok, dan ada yang dah tak leh pakai. Sayangnya aku terpaksa buang mana yang dah tak boleh pakai. Masa tu teringat memori semasa belajar dulu. wajah kawan2 aku muncul sorang2. Ahhh rindunya masa lalu...
Ni masa aku kerja KL. aku pinjam Art director aku punya marker. kehkeh. |
Haa yang ni, aku kena tegur dengan En Fauzan. Dia kata jangan buat gambar SEKSI dan 18SG. hehe manala aku tau, masa tu aku tengah seronok nak mencuba macam2 style.
4 illustrasi di atas ni merupakan cubaan aku yang terawal. Aku suka pilih subjek lelaki pasal rupa bentuk lelaki lebih kepada kotak2 dan senang nak buat . Subjek wanita pulak susah sikit pasal bentuk diorg nih bulat banyak curve dan kulit diorg licin. So kena buat step by step dan sabar jika nak dapatkan hasil yang baik, terutamanya bahagian kulit diorg.
Teknik di atas aku apply ton warna gelap dulu, baru apply ton cerah. Hehe mmg agak pelik sikit. Pasal selalunya diorg akan apply yg cerah dulu baru yg gelap. Entahlah aku dah selesa macam tu.
Yang ini pulak aku dah bosan buat muka orang, so aku mula focus kepada benda lain seperti pakaian, kedutan dan sebagainya.
Lakaran semasa boring. apa yg aku perasan, aku lemah terhadap kontras line... rata2 serabut sikit
Menggunakan marker warna. Memang mencabar. Touch up dengan menggunakan emulsion putih untuk tunjukan cahaya.
Illustrasi berwarna lelaki rambut pacak ni, aku pinjam marker Kamal Sabran. Thanks Kamal!
3 sketches yang di atas ni, percubaan menggunakan marker dengan pantas.
Yang ni tak cukup marker warna. Pakai marker yg ada saja dan aku masukkan effect warna kembang dengan meletakkan beberapa titisan air pada latar belakang.
No comments:
Post a Comment